Showing posts with label Hot Stuff. Show all posts
Showing posts with label Hot Stuff. Show all posts
Fauziah Gous Tak Reti Cakap Omputih Ke?
HI... I'M FAUZIAH GOUS. DON'T MISS TO WATCH PROJECT ALPHA, IT'S ALL ABOUT TOP BLOGGERS.
Ni adalah dialog yang Fauziah Gous kena cakapkan untuk one shoot. Tapi rasanya mungkin si Fauziah ni dah biasa makan gulai tempoyak dengan sambal belacan, maka agak sukar laa beliau nak cakap ala-ala mat salleh. Nak sebut project alpha pun bunyi macam 'PROJEK APA...' Ngeh ngeh ngehhhhh...
Aziz Sattar Gatal Juga Ea???
Sedikit petikan dalam anugerah skrin 2010 yang mana munculnya seorang gadis yang membuatkan Aziz Sattar hidung berdarah...
Filem KONGSI di pawagam 2011
Tengok trailer movie ni pun dah gempak. Dengan lakonan Shaheizy Sam yang konfem boleh buat punggung korang stay kat seat panggung tak gerak-gerak. Filem yang kononnya diarahkan oleh Farid Kamil ni bakal temui korang bulan April nanti. Insya Allah....
Filem Kongsi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff lakonan Fizo Omar terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.
Kumpulan kongsi gelap terdiri daripada pelbagai bangsa ini menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan bernama Tumulak (Shaheizy Sam) yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya.
Pelbagai peristiwa dan aksi yang mencuit hati berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap berkenaan. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.
Namun, segala ancaman yang dilakukan Tumulak didalangi Kimpedu yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana keinginannya untuk menakluki kawasan di Kuala Lumpur. Pada masa sama, Tumulak juga mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff.
ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik, tetapi ia tidak mematahkan semangatnya dalam menjalankan tugas. Adakah Tumulak berjaya membalas dendam terhadap ASP Shariff? Apakah aktiviti kongsi gelap di Kuala Lumpur semakin pulih atau sebaliknya?
Kekasih Lama Zahid AF Sebelum Nita
Rasanya semua dah tau yang Nita dan Zahid dah tak saling bercintan-cintun lagi. Tapi tahukah korang, Zahid sebelum bercouple dengan Nita, dia ada seorang kekasih yang hot chubby-chubby sikit. Phewwwww!!! Memang taste kitorang la kalau jenis hot chubby-chubby ni. Sebelum Nita, Zahid pernah bercinta dengan seorang wanita bernama Nurul atau Tengku Loretta. Nurul merupakan seorang ahli kerabat dan memang anak orang berada. Dari sudut gambar, cuba bayangkan macam mana life Zahid dengan Nurul ni yer?
Gambar Inca Medina
Budak kecik yang baru berumur 1 1/2 tahun ni berkemungkinan akan menjadi artis hip hop yang terkenal suatu hari nanti. Haaaaaaa... siapakah Inca Medina??? Ni lah anak Malique Too Phat dan Melissa Maurine.
Artis Malaysia Berbikini
Siapa ni? Kalau tak tau, cuba selongkar dekat youtube drama Adamaya. Mungkin boleh recall ingatan korang siapakah gadis ni?
Anak Perempuan Rosyam Nor
Akhirnya, Rosyam Nor perkenalkan juga anak-anaknya kepada pihak media. Perkenalkan, Arniesha Azureen (kiri Rosyam Nor), 21 tahun dan Nur Anis 19 tahun yang datang ke majlis Anugerah Skrin 2010 bersama papa mereka Disember lepas. Cun??? Ada hati nak ngorat??? Huhuhuhuhu..
Lagi Artis Pakai Sendat, Nak Tayang Bontot Le Tu!!!!!!
Apa ke hal la gamaknya si artis sorang ni ye? Kenapa la dia sanggup pakai baju sendat-sendat nak bernafas ni. Korang kenal tak siapa artis kat bawah ni... Ni la Nita Malaysian Idol..... Idol yer????
Timbul beberapa spekulasi dari kami terhadap kenapa si Nita ni sanggup berpakaian sendat-sendat nafas ni,
-Mungkin dia dibayar oleh pereka fesyen untuk mempromosikan baju sendat tersebut.
-Mungkin sebab dulu dia kurus kering, tapi sekarang dah berisi dia mula la nak tayang body kat umum.
-Masa dia dengan Zahid AF bercinta dulu, Zahid tak kasi dia pakai seksi-seksi, tapi lepas break baru la dia bebas untuk berpakaian apa saja.
-Nita sudah tidak popular lagi, cara untuk raih popular dengan cepat ialah dengan pakai seksi-seksi.
SELANJUTNYA
Keputusan Shout Awards 2010
Berakhir sudah anugerah Shout Awards 2010. Fuhhhhhh, Shout Awards memang happening la, tapi yang most of the artistes yang perempuan yang datang ke Shout Awards kebanyakannya memakai skirt. Perggggghhh!!! Memang boleh bikin hati lelaki gundah gelana wooooo!!! Huhuhuhuhuhu...
Berikut adalah keputusan Shout Awards 2010:
Rockstar Award - Bunkface
Personaliti Award - Zizan Raja Lawak (can i speak malay, i'm from texas kemaman...Hahahahahaha!!!)
Breakthrough Local Feature Award - Lagenda Budak Setan
Popstar Award- Yuna
Power Vocal Award - Faizal Tahir
Fresh Tv Award - Nur Kasih
Favourite Tv Program Award - Showdown 2010
Music Video Award - Prom Queen Bunkface
Flava Award - Mizz Nina
Hot Guy Award - Henry Golding
Gambar Bertunang Mizz Nina dan Noh Hujan
Pastinya ramai yang dah tahu tentang pertunangan antara Mizz Nina dengan Noh Hujan yang dah pun berlangsung pada 6 November 2010 yang diadakan secara tertutup. Menurut kata Mizz Nina, hanya 150 jemputan sahaja yang dijemput unutk majlis pertunangan mereka berdua. Huh 150??? Lagi mau kata tertutup kaaa??? Orait... setelah dirunding-runding, berpantun-pantun, merisik-risik, harga hantaran telah pun ditetapkan.. RM11,000 dengan mas kahwin RM888. Uisssshhh... ok la tu!!! Kalau nak dibandingkan dengan artis-artis lain punya hantaran, hantaran ni boleh dikatakan tak melampau mahal sangat. Maybe sebab Mizz Nina ni anak kepada ahli korporat terkenal, tu yang murah kot... Weeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!
Tapi sepanjang Noh dan Mizz Nina ni bercinta, pernah tak korang nampak Mizz Nina follow mana-mana show Noh Hujan ataupun Noh follow mana-mana show Mizz Nina... Hmmmmmm.....
Gambar Nabil Bercium
Inilah gambar yang diheboh-heboh sekarang tentang isu kenapa Nabil Raja Lawak boleh putus dengan Irma Hasmie. Gambar aksi bercumbu Nabil dengan seorang pelakon yang baru je habis sekolah iaitu Qasha. Kata Nabil gambar ni super impose. Ramai pula yang cakap gambar ni benar.. Kata orang-orang ni, ni adalah jawapan klise yang biasa artis bagi bila timbulnya gambar-gambar yang sensasi. Tapi cuba fikir-fikir balik, apabila seseorang individu mempunyai perasaan hasad dengki, macam-macam perkara boleh berlaku. Tikam dari belakang boleh jadi, malah tikam sampai jadi kes bunuh pun ada. Jadi, tak mustahil ke kalau individu tersebut buat kerja super impose bagi menjatuhkan Nabil??? Kerja-kerja nak membunuh orang, kerja-kerja menipu duit orang dekat internet, menipu pelajar dengan mengaku ada PHD, menipu orang dengan menjual gelang tangan boleh je dilakukan dengan sempurna sekali, jadi tak mustahil kerja nak menjatuhkan dan memfitnahkan Nabil dengan membuat super impose pun boleh dibuat dengan sempurna gak... Tul tak??? Walaupun pada hakikatnya kami pun macam rasa gambar ni benar, tapi kami tak nak la judge orang terlalu awal.
Pihak Stesen TV Tidak Prihatin Dengan Iklan Hari Raya
Kecoh kecoh kecoh dengan iklan hari raya yang dikatakan berkonsepkan Santa Claus yang dipaparkan di kaca tv baru-baru ni bagi menyambut Aidilfitri 2010. Apa la motifnya membuat iklan hari raya seperti tu? Adakah hanya untuk menunjukkan betapa hebatnya lebaran Aidilfitri maka perlu wujudnya kuasa-kuasa magik dan seorang ahli tua yang berbasikal beca dan membawa anak-anak terbang ke langit? Alooololo...
Pada pendapat kami, pengeluar dan pengarah yang menghasilkan iklan ni, tidak begitu perihatin tentang konsep raya aidilfitri. Rasanya dalam iklan tu, takde langsung nilai-nilai macam ziarah menziarah, bermaaf-maafan, gotong royong, keseronokan duit raya (heheheehhehe).... Kita ambil contoh ketika arwah Yasmin Ahmad masih hidup, bagaimana beliau menghasilkan video-video iklan yang bermutu dan menyentuh perasaan semua masyarakat. Tapi sebaliknya, video raya lebaran kali ni, alahai, usahkan nak sentuh hati masyarakat Melayu, buat orang rasa keliru dan melenting lagi ada la...
Artis Malaysia Kita Kena Pukul, Tom Mystarz Lg
Kejadian berlaku pada Ahad 11 Julai 2010 di sekitar Damansara Utama. Juara program Mystarz Lg, Tom atau nama penuhnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 23 tahun, telah dibelasah oleh 5 orang lelaki yang ketika itu turut bersama iaitu wartawan Utusan Malaysia, Raja Intan Dianna Raja Azham, 25, tahun.
Raja Intan yang kebetulan berada di deretan kedai tempat Tom dipukul oleh lelaki-lelaki itu cuba untuk menenangkan keadaan. Tup….tup…. dengan dia-dia sekali kena pedepuk dengan mamat-mamat samseng tu.
Punca kejadian ini berlaku disebabkan ahli keluarga isteri bekas kekasih Tom yang dikatakan tidak berpuas hati dengan statement yang dinyatakan oleh Tom di dalam rancangan Melodi. Di dalam rancangan Melodi tersebut, Tom telah menyatakan kepada wartawan yang Tom dan bekas kekasihnya masih berhubung antara satu sama lain dan isteri bekas kekasih Tom ini pun tak kisah tentang hubungan mereka tu.
Selepas je menonton Melodi, BACA LAGI.....
Raja Intan yang kebetulan berada di deretan kedai tempat Tom dipukul oleh lelaki-lelaki itu cuba untuk menenangkan keadaan. Tup….tup…. dengan dia-dia sekali kena pedepuk dengan mamat-mamat samseng tu.
Punca kejadian ini berlaku disebabkan ahli keluarga isteri bekas kekasih Tom yang dikatakan tidak berpuas hati dengan statement yang dinyatakan oleh Tom di dalam rancangan Melodi. Di dalam rancangan Melodi tersebut, Tom telah menyatakan kepada wartawan yang Tom dan bekas kekasihnya masih berhubung antara satu sama lain dan isteri bekas kekasih Tom ini pun tak kisah tentang hubungan mereka tu.
Selepas je menonton Melodi, BACA LAGI.....
Subscribe to:
Posts (Atom)























