Filem KONGSI di pawagam 2011



Tengok trailer movie ni pun dah gempak. Dengan lakonan Shaheizy Sam yang konfem boleh buat punggung korang stay kat seat panggung tak gerak-gerak.  Filem yang kononnya diarahkan oleh Farid Kamil ni bakal temui korang bulan April nanti. Insya Allah....

Filem Kongsi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff lakonan Fizo Omar terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.
Kumpulan kongsi gelap terdiri daripada pelbagai bangsa ini menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan bernama Tumulak (Shaheizy Sam) yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya.
Pelbagai peristiwa dan aksi yang mencuit hati berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap berkenaan. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.
Namun, segala ancaman yang dilakukan Tumulak didalangi Kimpedu yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana keinginannya untuk menakluki kawasan di Kuala Lumpur. Pada masa sama, Tumulak juga mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff.
ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik, tetapi ia tidak mematahkan semangatnya dalam menjalankan tugas. Adakah Tumulak berjaya membalas dendam terhadap ASP Shariff? Apakah aktiviti kongsi gelap di Kuala Lumpur semakin pulih atau sebaliknya?

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails