Isu Ifa Raziah Kena Tangkap Khalwat

“Lain kali kalau nak syak saya ditangkap khalwat pun, tengok-tengok la dulu siapa suami saya” begitulah ungkapan yang dikeluarkan oleh Ifa Raziah kepada wartawan tentang isu dia dan suaminya ditangkap khalwat di sebuah hotel di Changlun, Kedah.

Baru-baru ni Ifa Raziah menjalani sebuah pengambaran drama di sekitar Changlun. Suami Ifa, yang juga merupakan PR kepada Ifa Raziah tentulah ikut sekali ke mana sahaja Ifa shooting. Betul tak?

Kisahnya begini, selesai sahaja pengambaran, Ifa Raziah, suami dan artis-artis lain ditempatkan di sebuah hotel di Changlun. Letih punya cerita selepas shooting, maka tidurlah Ifa Raziah dan suami tercinta. Tup tup…. Pukul 130 malam, pintu bilik Ifa Raziah diketuk. Rupanya penguatkuasa agama….

Penguatkuasa agama mendapat laporan yang kononnya Ifa Raziah sedang berkhalwat dengan seorang lelaki. Haaaaa…. Ni konfem, penghuni-penghuni hotel lain kot yang salah faham dengan Ifa dan suaminya. Tu yang diorang buat report kat penguatkuasa agama tu… Diorang ingat Ifa Raziah ni single mingle lagi kot…. Tambah-tambah lagi Ifa Raziah badan masih solid… Perrgggghhh…

Tapi yang tak bestnya, Ifa Raziah mengadu kepada pihak wartawan mengatakan pihak penguatkuasa agama tu bertindak kurang ajar dengan Ifa Raziah serta suami sehingga mengecohkan jiran-jiran hotel di sebelah bilik Ifa… Tak cukup dengan tu, salah seorang penguatkuasa agama tu mengungkapkan ayat begini kepada Ifa Raziah,

“Kau ingat kau artis kau besar sangat???”

Fuiiiyyyyooooooooooooo…

Sepatutnya dah buat silap tu, minta la maaf. Ini tidak, lagi nak MAINTAIN ego ke? Kepada Ifa Raziah dan suami, lain kali kalau nak sewa hotel, tampal satu fotokopi sijil nikah dekat pintu bilik hotel… Baru orang lain tau… 

1 comment:

  1. Anonymous27.6.10

    u salah citer ni, mix up dgn citer Sheila Rusly gaduh ngan jiran lama rumah dia ni kot?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails