Anne Ngasri Bercerai Talak 3

Diceraikan dalam keadaan mengandung. Kesian seyh… Tu la nasib Anne apabila disahkan oleh makhamah syariah yang dia telah sah diceraikan dengan talak 3 yang pada masa yang sama dia tengah mengandung 5 bulan.

Sedikit plot-plot time Wafi (ex husband Anne) melafazkan cerai kepada Anne:

Wafi melafazkan taklik kepada Anne pada waktu tengahari awal Julai tahun lalu di Sungai Jawi, Pulau Pinang dengan lafaz ‘kalau engkau keluar rumah, aku ceraikan engkau’.

Kali kedua Wafi melafazkan cerai ‘aku ceraikan engkau’ kepada Anne pada waktu petang pertengahan bulan yang sama tahun lalu.

Kedua-duanya rujuk semula dan selepas Isyak pada pertengahan Julai tahun lalu dengan kedua-duanya melafazkan ‘saya kembali kepada awak’.


Sementara lafaz cerai ketiga iaitu ‘aku ceraikan kau Anne’ berlaku pada 25 Mac tahun ini, pukul 11.20 pagi di rumah mereka di Bukit Jelutong, Shah Alam. Waktu itu Anne hamil dua bulan.

Untuk pengetahuan korang, Anne sekarang ini berusia 26 tahun manakala Wafi berusia 28 tahun. Semasa perkahwinan diorang yang lalu, diorang dikurniakan 2 cahaya mata. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails