Kenali Shaheizy Sam

Shaheizy Sam start berlakon pada tahun 1997 dengan memegang watak Paie dalam sebuah drama (tak ingat nama drama tu). Dalam watak Paie tu, Shaheizy Sam berjaya membuat penonton-penonton rasa sebak, tatkala umur Sam baru je 15 tahun (tingakatan 3). Setelah lebih 10 tahun bergulamang dalam dunia lakonan, Sam berjaya pula membawa watak pak lawak dalam filem Adnan Sempit yang membuatkan penonton-penonton ketawa sampai semput. Itulah kehebatannya manusia bernama Shaheizy Sam, beliau sememangnya berbakat besar. Jom kenali Shaheizy Sam,

Nama Penuh : Shaheizy Sam Abdul Samad
Tarikh Lahir : 4 September 1982
Asal : Petaling Jaya



Pendidikan : SPM
Hobi Masa Lapang : Shopping... (shopping???? bia betik??? wakakakakakaka!!!)
Kereta Yang Dipakai Sekarang : Kancil 850 
Warna Kegemaran : Putih

Pelakon Yang Diminati :  Al Pacino, Daniel Day Lewis
Penyanyi Yang Diminati : Datuk Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah

Makanan Favourite : Yang Bersambal
Barang Paling Berharga : Beg
Sukan Kegemaran : Bola Sepak

Bakat Terpendam Yang Dimiliki : Menyanyi Di Dalam Air (bakat besar ni...)


Bila anda sedar anda mula mempunyai peminat?

Bila buka akaun facebook, ramai yang ingin 'add' saya. Setakat ini senarai kawan yang saya ada 5,000 orang dan 5,000 pula masih dalam senarai menanti.

Hadiah paling bermakna pemberian peminat?

Tak ingat tetapi saya pernah dapat gelang tangan yang tertera nama Paie iaitu nama saya dalam sebuah drama lakonan saya.

Barang pertama yang anda beli apabila mendapat gaji pertama?

Rolle Blade (K2) berharga RM900.

Jika bukan pelakon, siapakah anda sekarang?

Mungkin pemuzik kerana saya suka menyanyi. Saya boleh bermain gitar dan boleh bermain keyboard sedikit.

Artis wanita tempatan yang anda minati sebelum jadi artis?

Mak saya kata ketika saya berumur 3 atau 4 tahun, saya minat sangat pada Raja Ema. Mungkin sebab dia cantik.

Berapa bajet yang anda keluarkan untuk menghadiri majlis anugerah?

Dari hujung rambut sampai hujung kaki sekitar RM2,000. Saya tidak sukakan sesuatu yang formal tetapi penampilan yang funky.







No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails