Hujan, Fesyen, Raingers dan Album Ketiga


Hujan antara band yang cepat naik di antara band-band Malaysia. Bermula dalam sekitar 2007, diorang ni bermula dari band indie yang bermain di dalam gig-gig dan melebarkan empayar dengan mewujudkan geng-geng raingers yang akan sentiasa menyokong perjalan an seni diorang sampai la ke tahap rockstar  diorang sekarang. Apa agaknya rahsia diorang berjaya sampai sekarang? Menurut kata Noh, 

"Kami tidak melayan Raingers sebagai peminat tetapi seperti salah seorang daripada kami. Sememangnya kami tidak mahu mereka berasa janggal dengan kami, oleh itu juka terdapat masa terluang kami akan lepak bersama mereka dan minta mereka sendiri memberi pandangan mengenai muzik kami dan inilah yang sebenarnyaa membantu kami dalam meneruskan perjalanan seni kami"

Dalam perjalanan seni diorang sepanjang 4 tahun ni, diorang dah pun releasekan 2 album dan dah pun keluar album ketiga. Bercerita tentang album ketiga diorang ni, album diorang kali ini lebih kepada unsur-unsur cinta. Mungkin sebab Noh merangkap sebagai songwriter dalam band ni baru je putus cinta dengan amoi cantiknya dan sekarang tengah dalam dilema samada nak pilih Misz Nina atau Nora Danish... haa, sebab tu la kot lebih kepada cinta tema album ketiga kali ni.. Huhuhuhuhuu..


"Untuk album ketiga ni, kami lebih mendewasakan muzik dari segi penataan muzik serta penyampaian kami. Jika sebelum ini cara penyampaian kami dikatakan agak keras tetapi untuk album ketiga ini kebanyakan lagu-lagunya lebih berunsur cinta. Tetapi apa yang pasti muzik kami masih mengekalkan apa yang peminat mahukan dari peminat."

Selain dari album ketiga, Hujan gak akan came out dengan merchandise yang baru. Terbaru korang boleh tengok dengan design t-shirt diorang yang dikaitkan dengan Freemansion (ala ada simbol mata tu)... Selain dari t-shirt, apa lagi merchandise yang akan diorang keluar? Mereka gak barangkali bakal keluar dengan jacket, beg, serta cermin mata hitam dengan branding nama Hujan. Menurut AG,

"Kami di dalam perancangan untuk setiap ahli kumpulan ini yang akan diberi peluang mereka cipta fesyen pilihan masing-masing dan sekaligus memberi identiti buat kami semua. Ini sememangnya sesuatu yang ditunggu buat kami untuk menyalurkan idea ke dalam bidang fesyen..."

Pegggghhh.... Dah masuk bidang muzik, masuk plak bidang reka fesyen... Hebat!!! Lepas tu boleh la terjun ke dalam bidang peragaan... Huhuhuhuhu..





No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails