Suara Faizal Tahir Hampeh Semalam di Konsert Inspirasi Muzik-muzik TV3


Semalam bersamaan 19 Jun 2010, siapa yang ada tengok Konsert Inspirasi Muzik-muzik TV3 samada live atau tengok di tv? Semasa penutupan semalam, konsert itu dihiburkan dengan Faizal Tahir. Tapi entah kenapa, kami rasakan itu la persembahan Faizal Tahir yang paling hampeh sehampeh-hampehnya…. Suara Faizal Tahir macam orang tak reti menyanyi. Bikin malu sama tourists luar negara yang datang melawat konsert tu je yang diadakan di dataran merdeka.

Ini bukan kali pertama Faizal Tahir buat suara hampeh, ni start bermula semasa dia di Final Anugerah Juara lagu tahun lepas. Yang kes tu takpe la. Tapi kes semalam tu, aduhhhh memang memalukan.

Bayangkan semasa penutup tu, Faizal Tahir nyanyi lagu tribute to Gaza. Dia nyanyi la lagu Michael Jackson yang kebetulan mengingati ulangtahun kematian Michael Jackson. Lagu yang dinyanyikan Faizal Tahir tu ialah We Are The World. Masya Allah… Kami dengar dia nyanyi, rasa macam nak baling-baling je dengan stokin busuk kitorang ni dekat dia. Apa ke hal nyanyi macam tu? Demam ke apa?

Bukan setakat suaranya pecah, dia juga mengubah melodi lagu tu mengikut style dia sendiri yang tak menjadi. Aisey….. Kami ni peminat Michael Jackson, jangan ubah melodi asal laaaa kalau boleh… or at least, kasi lentok dia sedap laaa, jangan pakai sedap-sedap hati je…. Haaaa!!! Marah ni…

Kenapa Faizal Tahir jadi macam tu semalam? Dia tak prepare ke? Kami dapat rasakan, perkara ni mesti akan jadi bahan bualan kepada wartawan-wartawan nanti.

Ada kawan kami cakap, ni tulah yang dikenakan kepada Faizal Tahir sebab tak komen postif dekat protégé Dayang Nurfaezah dalam program mentor yang lepas iaitu, Adi. Faizal Tahir minggu sudah merupakan juri jemputan dalam konsert saringan mentor 4 kumpulan B. Mungkin sebab, kawan kami ni minat gila dengan suara Adi tapi hampa apabila Faizal Tahir cakap lagu yang disampaikan Adi tak sampai jiwa, maka kawan kami sumpah dekat Faizal Tahir supaya kena batang hidung kena kutuk satu Malaya… Papppp!!!!! MENJADI BEB!!!!!! Sumpahan kawan kami tu menjadi… Satu Malaysia, Brunei, Singapor, sempadan Thai tengok persembahan hampeh Faizal Tahir semalam… Hahahaahhahahahaha!!!!

Apa pun, sebagai peminat Faizal Tahir, kami harap Faizal Tahir akan berubah.. Kalau demam, habaq awai-awai sebelum perform cakap hang demam… Jangan la tak nak kasitau disebabkan nak maintain professional… Peminat sekarang boleh terima laa kalau sebelum perform cakap tak berapa sihat…. Ataupun sekiranya Faizal Tahir tak prepare, issshhhh jangan laaaaa diulang lagi perkara macam ni…. Please laaa…

Support Faizal Tahir… Stay hensem as always.


2 comments:

  1. oh sunggowh betol! sangat terok persembahan faizal tahir malam tuh~
    dh la minat giler kt dia..
    uhuhu sedih~ T______T

    ReplyDelete
  2. saya kalau penyanyi tu x reti nyanyi live terus saya x minat. miming x ada pekdah pun... sy suka Bob AF2, Nora, Dyg Nurfaizah, Adibah Noor. Alyah pun hebat!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails