ISTERI AKO MUSTAPHA KEGUGURAN

Takziah diucapkan kepada Ako Mustapha yang kehilangan bakal anaknya yang kedua minggu lepas. Ako Mustapha dan isterinya Kartina Shuaib Abdullah disahkan mengandung buat kali kedua pada bulan April yang lepas. Namun rezeki tak berpihak kepada mereka. 

Katrina dikatakan terlalu aktif sehingga menyebabkan anak dalam kandungannya itu keguguran. Tambahan lagi, pada awal bulan Jun yang lalu, dia telah telah melawan ke kem PLKN menjenguk anak saudaranya. Mungkin kerana keadaan suasana di kem itu yang tak selesa menambahkan lagi status bahaya kepada kandungannya itu. 

“Balik dari sana, pada jam empat pagi, keesokkan harinya, saya mengalami turun darah dan segera berjumpa doktor yang akhirnya mengesahkan saya keguguran. Sebenarnya, sebelum itu pun saya dah ada sedikit pendarahan dan beritahu pada Ako. Dia minta saya pergi jumpa doktor, tapi saya ingat tak serius sangat. Tak sangka rupa-rupanya saya akan keguguran,” katanya yang terpaksa berpantang selepas itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails