AZNIL NAWAWI IKON ANTI DENGGI




Kawan baik kepada arwah Din Beramboi di dalam konti radio Era, Aznil Nawawi nampaknya betul-betul dah letakkan nyamuk aedes ni sebagai musuh ketat beliau. Baru-baru ni, 18 Jun 2010, di bilik gerakan Kementerian Kesihatan BlokE7, Putrajaya, satu kempen yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan membasmi denggi telah diadakan. Di dalam majlis tersebut, Kementerian Kesihatan telah memilih Aznil untuk menjadi ikon kepada program kempen anti denggi ni nanti.

Penglibatan Aznil Nawawi dalam kempen ini adalah sebagai memenuhi tanggungjawab sosial kepada negara diharap mampu menarik minat komuniti setempat khususnya golongan remaja untuk turut sama membanteras denggi.

Teruskan usaha murni ye Encik Aznil selagi hidup. Semoga dapat keberkatan Allah.




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails