Boleh Laku Ke Filem Nur Kasih?


Sekiranya hebat di kaca tv belum tentu lagi boleh menggoncang pawagam, persoalan yang kami nak ajukan kepada para produksi yang terlibat dalam FILEM NUR KASIH. Kalau sebelum ni, drama Nur Kasih berjaya attract lebih kurang 4 juta penonton seluruh Malaysia, Singapore dan Brunei, agaknya berapa la pula kutipan untuk filemnya nanti?

Untuk filem Nur Kasih nanti, filem tu nanti akan menjadi kesinambungan cerita kepada drama Nur Kasih. Mungkin hanya beberapa plot dari drama akan dimasukkan sedikit di dalam filemnya nanti. Para pelakon yang terlibat masih lagi sama kecuali Ummi Nazeera sahaja yang takde. Sebabnya, takut kena belasah dengan Remy Ishak… eh silap, sebab dia sambung belajar kat luar negara… Weeeeeeeeeeeee!!!! (suka hati jeeeeee tambah gossip).

Khabarnya lagi, watak Ummi Nazeera takkan ada pengganti. Haa!!! Ni satu point, orang tak nak datang tengok wayang… Sebab, watak Ummi tu antara daya penarik juga penonton nak menonton drama tu dahulu. Tul tak? Kalau Ummi takde, aisey……. Tak syok laaaa… Takde karaktor gedik-gedik dah… Haiiissssshhh…

Kedua, masihkah ada peminat-peminat yang nak tengok filem Nur Kasih ni setelah keluar pelbagai isu pasal Remy Ishak dan Umi Nazeera dahulu? Alaaaaa, kes gaduh gedebuk tu… Remy kena belasah kat pementasan teater, Umi pula kena belasah kat parking kereta rumah. Kes ni, boleh kasi spoil gak wooo!!! Jeng jeng jeng!!!!

Selain dari kes Remy Ishak dan Umi, kes Tiz Zaqyah yang baru-baru ni pasal menggoda balak Fasha Sandha pukul 4 malam tu pulak macam mana? Yang ni lagi laaaaa spoil… Makcik-makcik yang ada anak teruna plus lelaki teruna suci macam kami ni tentu punah harapan bila dapat tau Nur Amina dalam Nur Kasih tu cuba ngorat balak Fasha Sandha… Aiseyyy… Perigi cari timba daaa… Haaaa!!! Isu ni boleh kasi jatuh rating movie ni.. Haaaaa!!!

Tiz juga dikatakan cuba menggangu Fizz Fairuz (watak Aidil dalam Nur Kasih) hingga menyebabkan Fizz Fairuz dan aweknya, pelakon Almy Nadia bermasam muka. Spoil lagi…..

Satu demi satu pelakon-pelakon Nur Kasih ni mengecewakan peminat-peminat drama Nur Kasih ni. Kalau nak katakan ini publisiti untuk mempromosikan filem Nur Kasih nanti, issshhh memang tak logic… Pengambaran filem Nur Kasih pun baru nak start, tetapi kontoversi pelakon dah hot diperkatakan. Takkan la kan????

Apa-apa pun, harap semua penonton menilai mutu sebuah filem bukan kerana gossip or isu panas pasal para pelakon. Filem Nur Kasih ni sebenarnya elok untuk ditonton bersama keluarga, memang boleh eratkan lagi kasih sayang. 

Lastly, kami nak ucapkan tahniah sebab berjaya untuk menghasilkan filem Nur Kasih dan juga all the best kepada semua tenaga produksi filem Nur Kasih. Caiyyokk!!

3 comments:

  1. tkde org nk tgk lah cmtu..mmg spoiled..

    ReplyDelete
  2. erm...susah nak cakp lah bila dah bergelar artis inilah hasilnya

    ReplyDelete
  3. aku rase nur kasih ni tak akan mendapat sambutan la kalau di angkat ke filem..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails