Ayim dan Mus May Tersingkir Dari Mentor 4

Dengan jumlah markah sebanyak 98 berbanding Adi dan mentornya Dayang Nurfaezah sebanyak 100 markah dan Mohd dan mentornya Ziana Zain sebanyak 102 markah telah menyebabkan Ayim dan mentornya Mus May tersingkir dari meneruskan perjuangan di dalam MENTOR 4. 

Sistem pemarkahan Mentor 4 terbahagi kepada tiga iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20 peratus undian juri awam yang terdiri daripada pelajar jurusan muzik, wartawan serta golongan semi-profesional dalam bidang muzik.

Kalau diikutkan pendapat kami, kami rasa agak pelik kenapa protégé Ziana Zain iaitu Mohd mendapat markah tinggi daripada juri awam. Dan lagi kami pelik, bila juri-juri awam ni kasi markah macam tak logik kepada Adi dan Ayim. Padahal kami rasa persembahan Adi malam itu, sangat best… Hmmmmmmm… musykil musykil… There must be something wrong somewhere ni… Hmmmm…

Tak kisahlah.. benda dah pun lepas. Tak elok diulas lebih. Setakat ini, yang akan meneruskan perjuangan ke Mentor 4 untuk semi final nanti ialah Adi, Mohd, Nani dan Ila yang masing-masing merupakan protégé kepada Dayang, Ziana Zain, Azmeer dan Joe Flizzow. 

Bercerita tentang Ayim yang terkeluar dari mentor 4, khabarnya Mus May tetap akan menghadiahkan Ayim untuk merekodkan sebuah single untuk dirinya sendiri. Pergghhh, baik betul Mus ni. Bukan murah wooo buat single, mau cecah riban-riban, bikin sound arrangement la, sewa studio la, beli lagu lagi, upah buat lirik lagi… Perggghhh… Bertuah si Ayim tu…

2 comments:

  1. elok la kluar mmg tak berapa sedap..

    ReplyDelete
  2. mmg ok la kluar tak berapa sedap..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails