NOKHTAH ERNA: Kisah Cinta Tiga Segi dan Kekeluargaan


Bestla drama-drama tempatan sekarang, tak kisah la dari siaran TV3, RTM NTV7, TV9 ataupun 8TV. Macam ni la baru dipanggil maju dari segi pembikinan drama!!! Salute sama pengusaha-pengusaha drama tempatan!!! No more drama INDONESIA boleh? Hahahahahahaha!!! Tak boleh jugak, cewek-cewek diorang cun gila babeng!!! Hahahahaha!!!

Ok hari ni kami nak ceritakan sedikit tentang drama yang disiarkan setiap Selasa hingga Khamis jam 1030 malam yang ditayangkan sekarang ni iaitu drama Norktah Erna. Jujur cakap, kalau Rita Rudaini berlakon, memang kami tak pernah miss la nak tengok. Rita Rudaini adalah serius shit pelakon berbakat besar, cun meletop… walaupun dia dah agak berumur. Cewaaaahhh!!!! Suka-suka je label orang tua….

Nokhtah Erna adalah berkisarkan tentang hubungan kekeluargaan yang terpisah selama 25 tahun yang berlaku antara Haji Taufik dan anaknya Aishah. Kisah bermula apabila Aishah enggan mengahwini pilihan calon menantu Haji Taufik dan bertindak kahwin dengan pilihan sendiri serta meninggalkan rumah Haji Taufik. Kerana keegoan antara anak dan ayah yang tidak mahu bertolak ansur, selama 25 tahun mereka telah putus hubungan.

Aishah telah mengahwini Ismail dan melahirkan seorang anak iaitu Erna. Apabila Erna dewasa, dia telah melanjutkan pelajaran di luar negara dan mempunya hubungan rapat dengan Shamsul. Shamsul sebenarnya ada hati dengan Erna tapi dia hanya mendiamkan diri. Sehabisnya pengajian Erna, Erna telah pulang ke tanahair dan hubungan Erna dan Shamsul semakin jauh kerana masing-masing mempunyai haluan kerjaya masing-masing. Erna bekerja dengan syarikat Ismail dan Shamsul memilih kerjaya sebagai tenga pengajar.

Erna teringin sekali untuk mengenali siapa datuknya, Haji Taufik tu, lalu telah bertindak untuk berjumpa sendiri dengan Haji Taufik dengan restu daripada Aishah dan Ismail. Rupa-rupanya kedatangan Erna dialu-alukan oleh Haji Taufik walaupun Aishah tidak langsung ingin berjumpa dengan ayahnya. Haji Taufik telah melayan Erna dengan baik Haji Taufik telah memperkenalkan cucu angkatnya iaitu Kamal. Dalam diam, Kamal telah mula jatuh hati terhadap Erna.

Apa terjadi pada hubungan Erna dan Shamsul setelah cuba dicucuk oleh cucu angkat Haji Taufik iaitu Kamal??? Jeng jeng jeng!!!! Apa pula terjadi dengan hubungan bapa anak antara Haji Taufik dan Aishah??? Jeng jeng jeng!!!

Kalau nak tau apa yang terjadi, jom kita tengok cerita Nokhtah Erna dari Slot Samarinda Selasa hingga Khamis jam 1030 malam di TV3. Tengok jangan tak tengok… Sebab yang berlakon dalam drama tu ialah Rita Rudaini, Aqasha, Awal Ashaari, Julia Zieglar, Yalal Chin, Mohd Nor Bond, Liza Abdullah dan ramai lagi laaaa…

Mana lagi best? Nokhtah Erna ke Adamaya??? Hek elaaaaaaaa…. Mesti laaaaa Nur Kasih lagi best…. Ish dia ni laaa!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails