Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami

Hari ini sudah pun masuk 22hb Mei 2010. Dah tengok filem Andartu Terlampau – 21 hari mencari suami? Belum????????? Sama la macam kami gak. Kami pun belum tengok filem Andartu Terlampau ni. Disebabkan kami rindu dekat lakonan Haliza Misbun yang hampir bertahun-tahun tak nampak di kaca TV mahupun filem, kami support filem terbitan sendiri pelakon Haliza Misbun ni. Dalam filem Andartu Terlampau, Haliza lah pelakon utamanya dan dia jugalah penerbitnya. Waalllaaawwweeeii cayalah Haliza.

Masa kami tengok dekat video-video youtube tentang trailer filem ni, kami tengok juga feedback dari komen-komen video youtube tersebut. Kebanyakannya menganggap filem ini sampah. How can??? Hanya disebabkan gaya pengambaran di tak seperti filem seakan drama je? Huk elaaaaaaaaaa…… Terpulang pada individu la. Lain orang lain cara menilainya. Selain dari tu, isu pelakon juga menjadi hal. Hmmmm… takkan la asyik-asyik nak tengok muka popular-popular je yang ditempek kat wayang. Kasi la chance kat orang lain gak. Tak kisahlah korang, korang punya duit, korang punya pasal lah nak menilai sendiri.

Ok sedikit synopsis filem Andartu Terlampau – 21 Hari Mencari Suami.

Nik Melati Sukma ataupun Nikki seorang gadis lewat 20an yang masih belum berkahwin telah disuruh oleh mak ayahnya untuk berkahwin. Namun, semua calon suami yang direkemen kan oleh mak ayahnya ditolak mentah-mentah oleh Nikki. Ini menyebabkan ibu Nikki naik berang lalu telah memberi kata putus kepada Nikki, sekiranya Nikki tidak dapat mencari calon suami dalam tempoh 21 hari, Nikki akan dikahwinkan mengikut pilihan mak ayahnya.

Ibu Nikki telah memperkenalkan Putra Aziz Al Biruni kepada Nikki. Putra Aziz adalah seorang peguam namun sifat-sifat suka berperang menegakkan kebenaran yang ada pada diri Putra Aziz, menyebabkan Nikki tidak selesa.


Omar Shariff pula adalah seorang lelaki yang sentiasa bersama dengan Nikki sekian lama. Nikki telah nekad untuk bernikah dengan Omar Sharif. Dalam masa yang sama, muncul pula John Johnny Johnathan iaitu rakan Nikki sewaktu di universiti dahulu yang pernah membuat hati Nikki fall in love. Jeng jeng jeng!!!

Nak tau kesudahan filem ni, jom sama-sama kita tengok kat wayang. Jom!!! Jom!!! Support Haliza Misbun!!!!!!!!

Kepada Haliza Misbun and the crew… All the best!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails