Faizal Yusof Meninggal Dunia

Al Fatihah kepada bekas suami Siti Nordiana yang dikatakan meninggal di PUSRAWI 1 Januari 2011. Menurut sumber, Faizal Yusof mengalami serangan jantung dan meninggal di PUSRAWI. Ini disahkan oleh Twitter Erry Putra dan pelakon Siti Fathiyah tentang pemergian Faizal Yusof. Melalui Twitter, AG Coco  mengesahkan pemergian Faizal Yusof dan berkata jenazah beliau masih berada di PUSRAWI.

Seorang lagi artis berbakat besar telah meninggalkan dunia. Marilah kita sama-sama doa agar arwah diampunkan dosa dan dihalalkan makan minum. Orang yang memaafkan sesama insan adalah orang yang dipandang mulia oleh Allah. Moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kita semua ni yang masih hidup, rajin-rajinlah  melakukan ibadan dan pohon diampunkan segala dosa kita. Amin.


2 comments:

  1. Anonymous1.1.11

    al-fatihah utk beliau...

    ReplyDelete
  2. takziah dan al-fatihah! info tentang serangan jantung di SIHAT SELALU - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails