MOHD PROTÉGÉ ZIANA ZAIN JUARA MENTOR 4

Terkejut juga dengan keputusan mentor 4 kali ni. Bukannya apa, adakah pihak TV3 ataupun orang awam yang undi sms ni memang suka juara-juara mentor ni berkulit gelap? Heheheheehehehe… Cuba kita tengok ye…Dari mentor musim pertama sampai la mentor 4, semua juaranya mesti berkulit gelap. Fiq, Black sampai la Mohd. Dulu juara mentor yang perempuan tu, apa ke nama dia tak ingat dah… pun berkulit gelap gak.. Haaaa!!!! Jadi apa lagi kawan-kawan yang berkulit gelap sekalian, cepat-cepat apply mentor musim 5 nanti. Weeeeeeeeeeeeeee!!!!!!

Selain isu kulit gelap, isu juri awam juga kami nak ceritakan dekat sini. Setuju tak kalau kami cakap, asal Adi si protégé tu Dayang tu perform, markah yang diberikan oleh juri awam agak ciput. Ciput kaw-kaw woooooo!!!! Tapi nasib baik la ada undi sms dengan markah dari juri professional. Pada pandangan kami, kami rasa yang layak bergelar juara pada malam tu ialah Adi si pretege Dayang Nurfaezah. Persembahannya betul-betul ada flow. Ada antara kawan kami cakap yang suara Adi lagi best daripada Aizat dalam persembahan duet mereka malam itu hari. Tapi apa boleh buat? Juri awam bagi markah sikit. Mungkin bila tengok dekat TV tak sama sound nya dengan tengok secara live performance.



Lagi yang mengejutkan kami ialah persembahan Nani protégé Azmeer yang bagi kami kurang menyerlah pada malam tu. Nani seolah-olah macam tak ada suara. Sebelum ni, ok je suara dia. Selain dari tu, Azmeer juga kasi lagu tak best kat Nani untuk persembahannya di final mentor 4. Aisey takkan simpan idea kot bro Azmeer? Selalunya sentuhan Azmeer ni best-best. Memang kegemaran Siti Nurhaliza la… Tapi bila time bagi lagu kat anak didiknya sendiri, teeetttttt…. Tak sedap plak lagu tu. Huhuhuhuhu…

Tiba giliran Mohd. Tertanya-tanya kami kenapa Mohd mendapat undi yang banyak berbanding dengan Adi? Jawapannya sebab persembahan Mohd memang konsisten. Jadi, juri awam mungkin iktiraf hardworking si Mohd tu. Selain dari tu, pengaruh Ziana Zain juga mungkin mengapa orang ramai mengundi Mohd untuk menjadi juara pada malam itu. Suara Mohd bagi kami sama saja seperti pemenang-pemenang reality show yang lain. Tapi mungkin disebabkan kesungguhan Mohd, itu yang menyebabkan dirinya menjadi Juara. Tapi sekiranya dikritik oleh Paul Moss, confirm kami jamin Paul Moss akan cakap

“U sing like u’re in karaoke”

Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!! Jangan marah yeeee…

Malam penentu juara mentor 4 dijuri oleh Sheikh Haikal, Acis Gersang dan Adibah Noor. Keputusannya, Mohd berada di tempat juara, Adi di tempat kedua dan Nani di tempat ketiga.

Sama-sama la kita nantikan Mohd beraksi di dalam industri seni kita nanti. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails