Kereta Stacy Kemalangan


Cuba teka, kereta yang eksiden kat atas ni adalah milik siapa? Ok, kereta Peugeot 307 yang eksiden ini sebenarnya adalah milik Stacy juara Akademi Fantasia 6. Kereta ini jugalah kereta yang dimenangi oleh Stacy dalam AF6 dulu. Kereta ini telah dipandu oleh abang Stacy iaitu Chelton yang sedang memandu di Bandar Kinrara. Mengikut laporan, Chelton gagal mengawal kereta tersebut lalu merempuh pembahagi jalan. Chelton juga dilaporkan cedera di bahagian kaki.

Sure mengamuk Stacy bila tahu keretanya eksiden. Tul tak??? Eh… nak menyibuk pehal??
 

Semasa kejadian kemalangan itu berlaku, Chelton telah meminjam kereta daripada Stacy manakala Stacy pulang ke Sabah untuk berjumpa dengan ibunya sempena hari ibu. Stacy mungkin sekarang ‘patah kaki’ sebab dah tak boleh bergerak ke mana-mana macam selalu akibat tiada kenderaan. Nak tak nak, manager or PR Stacy la kena tolong. Standard la tu!!! Apa tugas manager or PR pun. Stacy sekarang sedang menuntut insurans akan kereta kemenangannya yang bernilai RM70,000 itu. Perghhh!!! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails