Artis Malaysia Kena Pukul, Tom Mystarz Lg

Artis Malaysia: Kejadian berlaku pada Ahad 11 Julai 2010 di sekitar Damansara Utama. Juara program Mystarz Lg, Tom atau nama penuhnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 23 tahun, telah dibelasah oleh 5 orang lelaki yang ketika itu turut bersama iaitu wartawan Utusan Malaysia, Raja Intan Dianna Raja Azham, 25, tahun.

Raja Intan yang kebetulan berada di deretan kedai tempat Tom dipukul oleh lelaki-lelaki itu cuba untuk menenangkan keadaan. Tup….tup…. dengan dia-dia sekali kena pedepuk dengan mamat-mamat samseng tu.

Punca kejadian ini berlaku disebabkan ahli keluarga isteri bekas kekasih Tom yang dikatakan tidak berpuas hati dengan statement yang dinyatakan oleh Tom di dalam rancangan Melodi. Di dalam rancangan Melodi tersebut, Tom telah menyatakan kepada wartawan yang Tom dan bekas kekasihnya masih berhubung antara satu sama lain dan isteri bekas kekasih Tom ini pun tak kisah tentang hubungan mereka tu.

Selepas je menonton Melodi, keluarga belah isteri bekas kekasih Tom itu telah kontek Tom yang kononnya ingin berbincang. Sedar-sedar, kena pukul… Kesian… Mujur isteri bekas kekasih Tom pun ada sekali untuk meredakan keadaan. Tapi nak kata mujur tak mujur tu tak pasti la pulak pasal…. Dengan isteri bekas kekasih Tom tu pun sekali kena cepuk dengan laki-laki tu.

Senang cerita dalam kes ni, 3 orang wanita kena belasah. Si wartawan Raja Intan, Tom dan isteri bekas kekasih Tom. Issshhh… ishhh….

Kejadian pukul-memukul tu berlaku dalam sekitar 5 minit, mujurlah ada kawan Tom yang datang dengan kereta dan memanggil mereka berdua iaitu Tom dan Raja Intan untuk masuk dalam kereta dan pergi dari situ. Mereka kemudiannya telah membuat laporan polis di balai polis Petaling Jaya.

Polis sedang menjalankan siasatan tentang kes ini.

Haiiihhh…… Kesian Tom….


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails