Anne Ngasri Bercerai

Artis Malaysia: Memang sudah pasti, Anne Ngasri, 26,telah mengaku dirinya telah bercerai dengan suaminya iaitu Abdul Wahi Hassan, 29. Dan ini bukanlah kali pertama dirinya ditalak oleh bekas suaminya, kerana sebelum ini, Anne pernah ditalak oleh bekas suaminya dan mereka berdua merujuk kembali. Tapi kali ini seolah-olah hubungan mereka berdua tidak boleh diselamatkan lagi.

Mereka telah bercerai pada 25 Mac 2010 dan masih lagi dalam proses perbincangan makhamah tentang hak tuntutan anak. Suami Anne, telah melafazkan talak pada tarikh 25 Mac, 11.25 pagi di rumah mereka di Shah Alam. Sejak diceraikan, Anne telah berpindah rumah berdekatan dengan rumah ibunya.

Anne telah berkahwin dengan Wafi pada 26 Mei 2006 dan hasil sepanjang perkahwinan mereka itu, mereka telah dikurniakan dengan 2 anak iaitu Abdul Warits, 4, dan Abdul Wafri, 2. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails