S.Shamsudin Kritikal Di Hospital

Masih ingat tak lagi dengan lawak Sudin dalam filem Seniman Bujang Lapok?

“Hey hey hey Hang Jebat, lebih baik ko turun…”

Pelakon dan pelawak veteran dari studio Jalan Ampas ni khabarnya sedang kritikal di hospital kerana keretakan tulang selepas jatuh di dalam bilik air.

Kejadian berlaku selepas pihak Finas dan Kementerian Penerangan dan Komunikasi berkunjung ke rumah pelakon S.Shamsudin ni di rumah beliau di Singapura. Setelah selesai sesi melawat, pada waktu malam, mereka ni mendapat panggilan dari keluarga S. Shamsudin mengatakan S.Shamsudin sedang kritikal dan berada di Hospital Alexandra, Singapura.

S. Shamsudin kini berada di rawatan ICU.

Jom sama-sama doakan S. Shamsudin diampunkan dosa, dimaafkan oleh semua orang, diterima taubatnya serta disihatkan dan dipanjangkan umur. Amin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails