Nurul (ex Ajai) Kena Tipu Dengan Komposer?

Ceritanya macam ni, Nurul planning untuk merakamkan sebuah single. Lalu dia berjumpa dengan seorang komposer ni untuk mencipta lagu untuk single barunya nanti. Tapi yang pasti, si komposer tu bukan Ajai laaa.. Heheheheehehehe… 

Si komposer ni bagi la dengar satu sample lagu ni kepada Nurul, dan Nurul berminat dengan lagu tu. Jadi Nurul dah bayar separuh daripada payment kepada si komposer ni untuk produce lagu tu menjadi single barunya. Tapi dalam perjanjian, Nurul akan hubungi semula komposer tersebut untuk masuk ke dalam studio untuk rakaman suaranya. 

Jadi si komposer tunggu laaa… Tunggu punya tunggu, sampai la siap arrangement lagu (minus one) single tu, namun Nurul tak muncul-muncul untuk rekod suara. 

Ye laaa kan… Takkan komposer tu nak menunggu lama gila sampai settle kerja-kerja Nurul untuk proses rakaman suara. Betul tak? Duit yang dapat pun hanya separuh. 

One day, Nurul kontek semula komposer tu untuk memberitahu yang dia available untuk rakaman studio. Tapi nak tau apa terjadi? Si komposer tu kata lagu tu dah diberi kepada penyanyi lain. JENG JENG JENG!!!! Haaaaa… siapa yang patut bengang dalam kes ni?

Menurut kata komposer tu, Nurul ambil masa terlalu lama untuk rakaman suara lagu tu, yang menyebabkan dia menjual lagu tersebut kepada penyanyi lain. Lagipun, duit hanya diterima separuh sahaja. 

Nurul pula menuntut balik wang yang diberi kepada komposer tu atas alasan lagu tu tak dapat dekat dia. Tapi si komposer enggan nak pulangkan. Alasannya, proses arrangement muzik dan adunan (mixing) dah settle 100%, just tinggal proses rakaman suara Nurul je. Jadi adakah patut si komposer tu patut mengembalikan wang? Jeng jeng jeng!!!!! 

Setiap arrangement lagu, lain artis lain arrangement nya… Kalau si komposer dah adun arrangement sesuai dengan tone suara Nurul, lain la plak arrangement lagu untuk artis lain. Semua tu duit tu!!! Sewa studio, upah musician… isshhh macam-macam la…

Ni hanya pandangan kami. Kami tak tahu situasi sebenarnya. Jadi kami tak tahu siapa yang benar atau siapa yang salah.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails