Mas Idayu dan Shaq Tersingkir Dari Mentor 4

Semalam keputusan siapa yang akan melangkah ke separuh akhir Mentor 4 bagi kumpulan A telah pun diumum. Kalau dulu dalam Mentor 3, Mas Idayu dan protegenya Black berjaya merangkul juara, tapi kali ini di Mentor 4, Mas Idayu dan protégénya Shaq adalah kontestan yang pertama melangkah kaki dari medan perjuangan Mentor 4. Mungkin setakat ini saja perjuangan Shaq dan Mas Idayu. 

Joe Flizzow dan protegenya Ila berada kedudukan yang tertinggi dengan jumlah markah 105, diikuti dengan Azmeer dan protegenya Nani berjumlah 99 markah. Mas Idayu dan protegenya Shaq hanya mampu merangkul 96 markah je. Nampak sangat Mas Idayu terasa sedih bila keputusan mengumumkan yang Nani dan Ila layak ke separuh akhir. Apa boleh buat??? Takpe, next time ada lagi kak Mas!!! Cobaaa lagi…

Konsert mentor kali ni gak menjemput artis-artis jemputan untuk berganding bersama-sama protégé. Untuk Ila, Joe Flizzow telah menghantar Noh Hujan untuk berganding berduet bersama-sama mempersembahkan lagu Aku Skandal dan Kau Harus Ada. Nani pula berduet dengan Sarah Raisudin… Tak tau apa nama lagu tu… Sori yerrr… Tapi memang PERGGGGGHHH!!!!! Macam penyanyi negro wa cakap sama lu diorang punya gandingan duet…. Tabik spring sama Nani dan Sarah Raisudin. Manakala Shaq pula digandingkan dengan Black juara mentor musim lepas menyanyikan lagu lama dan satu lagu rock… Tak tau pula apa nama lagu tu. Walaupun digandingkan dengan juara mentor musim lepas, nampaknya persembahan mereka berdua tak mampu mencuit hati penonton.

Keputusan juri hari itu diadili oleh Edry Abdul Halim dan Lah V.E. Manakala juri awam diwakili oleh pelajar-pelajar ASK. Penonton juga boleh mengadili dengan memberi undian sms. 

Rasa-rasanya, puas hati tak dengan keputusan ni??? 

 

 


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails