M. Rajoli Dalam Keadaan Tenat

Kawan-kawan tadah tangan. Mari kita berdoa kepada Yang Maha Mengasihi semoga diampunkan dosa-dosa kepada pelakon M. Rajoli dan semoga dipanjangkan umur serta dipulihkan kesihatan. M. Rajoli yang sebelum ni kita tahu dengan karaktor warak dalam setiap lakonannya dikatakan berada dalam kondisi tenat. Sudah tak mampu nak berkata-kata, kalau dibuka mulut sekalipun, kurang jelas apa yang cuba disebut oleh M. Rajoli. Mengikut akhbar Sinar, M. Rajoli banyak menghabiskan masa seharian dengan tidur sebab dah tak bermaya.

Sebelum ni, M. Rajoli mempunyai masalah kesihatan komplikasi pelbagai penyakit yang menyebabkan ketumbuhan di otaknya. Tapi sekarang dah baik dah. Just tinggal masalah jantung sahaja. Mungkin kerana sebab ambil ubat-ubat jantung ni kot yang menyebabkan M. Rajoli ni lemah, supaya pesakit rasa relaks. Harapnya macam itulah… 

Kita sebelum susah, sebelum papa, sebelum sakit, sebelum mati marilah lakukan ibadat banyak-banyak. Aku tak pernah sangka pun yang M. Rajoli bakal jadi macam ni. Yang menentukan Allah. 

Ok, kalau ada siapa-siapa mahu hulurkan bantuan kos belanja rawatan untuk M. Rajoli, boleh hubungi pihak SENIMAN. 

1 comment:

  1. kesian tgk gambarnya..semoga panjang umur

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails