Drama Arjuna Di TV3

Dah tengok episode pertama drama Arjuna yang ditayang kat TV3 baru-baru ni? Perggggghhh!!! Best giler!!!! Macam tengok cerita anime pahlawan je. Tapi sayangnya, Remy Ishak tak berapa nak hensem dalam drama ni… Sebab dipaksa pakai rambut palsu plus, muka dia terlebih hitam… Wakakakakaakakakaka!!!! Tu bagi pandangan seorang lelaki laaa… Tak tau la pandangan wanita macam mana pulokkk…

Drama terbitan KRU Productions ni membariskan pelakon-pelakon cun, hensem dan hebat iaitu Remy Ishak, Nora Danish, Aman Graseka, Riz Ainuddin, Dira Abu Zahar dan Fikri Bakar. Drama ni diarahkan oleh Helmi Khalim dan diterbitkan oleh Norman Abdul Halim. 

Kalau mengikut akhbar-akhbar tempatan, drama Arjuna ni umpama pemanas kepada filem Merong Mahawangsa yang bakal ditayangkan di pawagam nanti yang sekali lagi adalah filem terbitan KRU Productions. Lebih kurang macam salah satu promo pancing la kepada peminat-peminat filem tempatan untuk menonton filem Merong Mahawangsa nanti. 

Sinopsis:


Pendita Dzulkarnain mewariskan Permata Wilis dan Pedang Citra Dewata kepada anak muridnya, Adipura dan keturunannya saja selepas Grakus dan Gempita berpaling tadah kepada dunia jahat. Grakus dan Gempita terus memburu Adipura untuk merampas senjata sakti itu. Namun, Adipura sempat menyerahkan Permata Wilis kepada kedua-dua anaknya, Sutera dan Arjuna sebelum terbunuh dalam pertarungan. Arjuna dan Sutera diselamatkan adik Adipura, Cintasari. Arjuna kemudian diserahkan kepada Saha, seorang nelayan yang baru kehilangan anak di Kampung Bayu Samudera manakala jejak adiknya tidak diketahui.


Selepas 18 tahun, Arjuna membesar sebagai jejaka tampan, bersopan santun dan menggemari silat. Dalam suatu insiden, Arjuna secara tidak sengaja menggunakan kuasanya di hadapan orang kampung. Justeru, Pendita Dzulkarnain dan Grakus sedar akan waris Adipura dan Permata Wilis juga ditemui. Masing-masing menghantar pengikutnya untuk mendapatkan Arjuna.


Keluarga angkat Arjuna terbunuh manakala Arjuna mengikut Satria Aduka dan Suria ke Kampung Rembang selepas diberitahu asal-usulnya. Arjuna berkenalan dengan isteri dan anak Satria Aduka, Mak Bunga dan Sutera. Tanpa mengetahui Arjuna dan Sutera ialah adik-beradik kandung, mereka menjadi sangat rapat dan mesra. Arjuna juga belajar ilmu dan hikmat untuk meningkatkan kesaktiannya. Dia berkenalan dengan Satria Aduka, Suria dan Jati yang pakar dalam ilmu ubat-ubatan dan penciptaan. Apakah yang berlaku seterusnya?







No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails