Kes Zainal Abidin Tak Bayar Nafkah Anak

Pada 12 Disember 2002, penyanyi Zainal Abidin telah melafazkan talak kepada isterinya, Natasya dan perkara ini rasanya semua dah tahu. Selepas perbicaraan kes penceraian Zainal Abidin dan Natasya, Zainal Abidin telah bersetuju untuk memberi nafkah sebanyak RM200 setiap bulan kepada setiap anak-anak mereka.  

Pada awalnya, Zainal Abidin membayar nafkah tersebut tanpa sebarang masalah sehinggalah pada tahun 2009, Zainal Abidin mula menangguh membayar nafkah kepada anak-anak. Akibatnya, Natasya terpaksa mengambil tindakan memfailkan tuntutan di makhamah. Jumlah yang tertunggak yang perlu dibayar oleh Zainal Abidin ialah RM18,900. 

Kenapa la agaknya Zainal Abidin boleh tertunggak bayar nafkah ni? Dah kurang show ke? Atau terlalu sibuk sampai lupa tanggung jawab sebagai seorang bapa? Ehhh jangan!!!!!! Tak baik tu!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails