Benjy didakwa dengan 2 tuduhan dadah lagi 12 May 2010

Apalah nasib Benjy kerana sekali lagi Benjy dibawa ke makhamah kerana dua lagi tuduhan. Dua tersebut adalah 0.14 gram dadah methamphetamine di Kondo Vistamutiara iaitu kediaman rumah sewanya dan satu lagi tuduhan memasukkan dadah sama ke dalam badannya sendiri. Siasatan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 11 dan 15 Mac lalu. 

Ingat tak lagi, semasa penahanan Benjy? Polis menyatakan Benjy juga positif dadah. Adakah kerana menyimpan dadah di dalam badan tu yang menyebabkan air kencing Benjy positif dadah? Waalahualam. 

Kami doakan Benjy, isteri, anak-anak, Azean dan ahli keluarga lain tabah dah selamat dunia dan akhirat.  

Perbicaraan tentang 2 tuduhan ini akan disambung bulan Ogos 2010 nanti. 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails