Achik Spin Meninggal Dunia

Belum pun reda tentang pemergian Din Beramboi, seorang lagi anak seni tempatan meninggalkan kita. Kali ini, Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad bin Md Shari meniggal dunia akibat kemalangan.

Difahamkan Acik menumpang kereta kawannya sepupunya dan kemalangan tersebut berlaku di lebuhraya Kajang-Seremban, Negeri Sembilan. Kejadian berlaku kira-kira pukul 6. Kereta terbabit terlanggar sebuah signboard dan akibatnya menyebabkan kaki Achik tersepit. Kawan Achik cuba untuk menyelamatkan Achik namun gagal kerana api kereta semakin merebak dan akhirnya kereta tersebut meletup. Difahamkan, jenazah arwah dibawa ke hospital besar Seremban.

Beginilah informasi yang kami terima. Lebih kukuh apabila kami terima Tweet dari AG Hujan yang meminta untuk sedekahkan al fatihah kepada Achik Spin.

Kalau begitu, persembahan program Hits 1 Gah 1 pada 17 April 2010 di RTM tadi merupakan persembahan terakhir arwah Achik.

Apapun mari kita doakan kesejahteraan Achik Spin. Semoga arwah berada di kalangan orang beriman. Al Fatihah.

**UPDATE: ketika kemalangan, Achik meninggal dunia di tempat kejadian. Orang ramai di tempat kejadian membantu membawa Achik dan sepupunya keluar dari kenderaan. Selang beberapa minit kemudian, kereta terbabit meletup.

1 comment:

  1. Anonymous17.4.10

    al-fatihah wat acik spin..
    moga roh kamo di tempat an org2 yg beriman hdk-NYE...
    huhuh

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails