Yanie Mentor Meniggal Dunia 21 Mac 2010

Semalam bersamaan 21 Mc 2010, industri hiburan Malaysia digemparkan dengan berita pemergian seorang artis reality show dari rancangan Mentor iaitu Yanie atau nama penuhnya Siti Suriane Julkarim menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.15 tengah hari di Hospital Keningau, Sabah.

Yanie yang merupakan pemenang tempat ketiga dalam Mentor musim pertama 5 tahun lepas, dikatakan telah menghidap penyakit ketumbuhan di paru-parunya dan telah terlantar sakit lebih 4 bulan yang menyebabkan Allahyarham tidak lagi aktif di dalam bidang lakonan mahupun nyanyian.

Buat pengetahuan kalian semua, Yanie merupakan protégé kepada Ning Baizura dalam Mentor musim pertama, dan Yanie juga merupakan antara pemegang watak utama dalam drama sitcom Fara arahan Aziz M Osman. Pemergian Yanie pada umur 25 tahun, betul-betul megejutkan Ning Baizura yang begitu rapat dengan arwah. Ning Baizura diberitahu sendiri oleh suami Yanie iaitu Irfin Abdul Manan tentang pemergian Yanie yang tatkala itu, Ning berada di Bangkok.

Jenazah telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Likas pada pukul 12 tengah hari, 22 Mac 2010.

Semoga diberkati Allah, dan salam takziah kepada keluarga arwah. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails