Sah memang sah, juara Raja Lawak musim kedua, Nabil dah memang sah akan kena saman oleh director dan penerbit filem Lu Fikir La Sendiri, Aminah Raphor dan Datuk Suhaimi Othman. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nabil tentang review filem Lu Fikir La Sendiri yang berada di luar piawaian beliau, akhirnya menempa musibah kepada diri Nabil sendiri.
Akibat dari kenyataan Nabil, filem Lu Fikir La Sendiri mendapat sambutan luar dari target. Walaupun kutipan filem ini mencecah RM2.1 juta, saman tetap saman gak… ye laaa, kalau Nabil tak cakap benda tak elok tentang filem ni, konfem gamaknya filem ni bley go lagi…. Kalau, kitorang, kitorang pun buat macam Aminah dan Datuk Suhaimi gak, tindakan saman. Orang dah keluar duit ratusan ribu ringgit, habiskan tenaga, gaduh sana gaduh sini bagi menjayakan filem, Nabil plak bley senang-senang kasi label tak baik kat filem tu… Aper daaaaa!!!!!
Komen jujur atau tak jujur belakang cerita, tiada istilah kondem mengondem bisnes sendiri dalam dunia bisnes. Hihihihihihihihihih…….
No comments:
Post a Comment