Lagu Kumpulan Gigi Diciplak

Kumpulan popular Indonesia iaitu GIGI, dikatakan tidak puas hati dengan sebuah produksi filem iaitu Multivisionplus kerana telah menciplak lagu Gigi sebagai salah satu soundtrack filem produksi tersebut tanpa kebenaran pihak Gigi. Nak tau filem apa? TOILET 105 (giler lawak tajuk!!).

Filem TOILET 105 tu telah pun ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Indonesia dan lagu tersebut dimainkan di dalam filem tersebut walaupun setelah Armand Maulana iaitu penyanyi kumpulan Gigi dan komposer asal lagu tersebut telah mengambil tindakan terhadap Produksi Filem tersebut. Namun, usaha Armand seolah-olah tidak dipedulikan sesiapa. Filem TOILET 105 masih lagi rancak ditayangkan di pawagam walaupun Armand telah memintak pihak tertentu untuk menarik filem tu dari tayangan.

Selamba badak ek produksi tu amik lagu orang... ntah ntah lagu Malaysia pun ada gak produksi tu amik, tapi kita je yang tak sedar... ekekekekekeke...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails