Dian Sastro dan Indraguna Sutowo Sudah Bertunang

Khabar dari infotainment Indonesia menyatakan pada 16hb Februari 2010, pelakon wanita yang cun meletup dalam filem ADA APA DENGAN CINTA, Dian Sastro, 27, telah pun selamat bertunang dengan kekasihnya Indraguna Sutowo. 
Lepas je putus cinta dengan Malique Too Phat, terus senyap kisah cinta si Dian Sastro ni.... tup... tuppp... dah nak menikah dah. Khabarnya, nak menikah akhir bulan Mac ni. Fuhhh!!!! 

Siapakah tunang Dian Sastro, Si Indraguna Sutowo ni? Kalau korang nak tau, Indraguna Sutowo ni merupakan cucu kepada raja minyak di Indonesia pada tahun 1970an dulu iaitu Ibnu Sutowo. Selain dari tu, mengikut sumber, Indraguna Sutowo ini juga adalah pemegang saham terbesar perniagaan hotel termashsyur di Indonesia iaitu Hotel The Sultan. Perniagaan hotel ini dilakukan bersama abang kandung beliau. 

Pergggghhh... memang bertuah laaaaa Dian Sastro. Dapat orang kaya. Lepas ni boleh la bergelar Paris Hilton versi Jakarta. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails